PERTUBUHAN Nur Insan memperkenal pakej korban 3-dalam-1 bagi menggandakan kemudahan beribadah pada musim Hari Raya Aidiladha.
Dengan menempah pakej menarik ini, masyarakat Islam bukan sahaja dapat menunaikan ibadah korban, bahkan mereka juga dapat berwakaf dan bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik.





