SATU sistem analitik video yang mengumumkan kepada kakitangan SMRT setiap kali seseorang berada di landasan akan dilaksana pada laluan LRT Bukit Panjang (BPLRT) sebelum suku ketiga 2023.
Operator BPLRT, SMRT, berkata sistem yang diberi nama iSafe itu, akan memperbaiki keselamatan pengguna dengan mengumumkan kepada kakitangan untuk menyiasat dan “mengambil langkah perlu dengan segera” sejurus ia mengesan seseorang di landasan.





