DARI awal, pengadil Big Stage (Musim Kelima), Aina Abdul, memang gemarkan tenaga dan kesepaduan tarian kumpulan ‘girl group’ Malaysia, Coex.
Sungguhpun begitu, pada Ahad, beliau berasakan masih wujud kekurangan dari segi kelunakan dan perpaduan harmoni vokal lima gadis ini iaitu Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.





