Polis telah memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes penyelewengan wang dan mencuri jam tangan mewah bernilai kira-kira $1.6 juta selepas satu laporan polis dibuat pada 20 Mei 2023. Siasatan mendedahkan antara September 2022 dengan Mei 2023, lelaki itu, seorang jurujual sebuah kedai jam mewah yang terletak di sepanjang Orchard Road, telah menerima sejumlah besar wang...





