MENJALANKAN kegiatan sihat sambil mempererat dan menjalin ukhuwah. Itulah yang dilakukan lebih 70 belia daripada kelompok masjid kawasan utara dan keluarga mereka melalui acara berbasikal 'Night Light Bike Ride'. Acara itu dianjurkan Belia Masjid Assyafaah (AMY). Ia bermula pada 9.30 malam pada 8 September dan berakhir pada 4.30 pagi 9 September. Peserta berbasikal beramai-ramai sejauh 27 kilometer dari Masjid Assyafaah...





