PEMILIK niaga di Haji Lane mungkin berpeluang menggunakan jalan raya untuk perniagaan sekali lagi setelah dilarang berbuat demikian sejak Mac 2020.
Awal sebelum ini, beberapa pemilik kedai yang ditemui Berita Harian (BH) merungut selepas diberi peringatan pada 8 Jun lalu oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan lima lagi agensi relevan mengenai penghentian penutupan jalan raya Haji Lane.





