SINGAPURA terlepas peluang untuk mendapatkan pingat pertama Sukan SEA dalam satu acara terjun yang berlangsung lebih awal semalam.
Peserta Singapura, Fong Kay Yian, hanya mampu menamatkan acara terjun indah wanita 1 meter papan anjal (women 1M springboard) di tempat kelima antara lapan peserta yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara My Dinh, Vietnam, semalam.






