HIROSHIMA (Jepun): Amerika Syarikat dan negara demokrasi kaya lain pada Sabtu menegaskan bahawa negara yang cuba menggunakan perdagangan sebagai senjata akan menghadapi "kesannya", menghantar isyarat kuat kepada China mengenai amalan yang telah lama Washington dakwa sebagai 'buli ekonomi'.
Pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G-7), yang bertemu di bandar Hiroshima, Jepun, sempena sidang puncak selama tiga hari, juga berjanji memperkukuh rantaian bekalan...





