SUDAH lebih tujuh tahun Nur Fadzlyn Mohd Zahruddin tidak memasuki gelanggang taekwondo Sukan SEA.
Kali terakhir - dan pertama - atlet taekwondo Singapura bagi acara Kyorugi wanita bawah 49 kilogram itu menyertai temasya sukan tersebut ialah pada 2015, apabila beliau memenangi pingat gangsa.





