DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: PERSEMBAHAN 51 pingat emas atlet Team Singapore dalam Sukan SEA Kemboja membentuk asas yang baik menjelang edisi 2029 di tanah air, kata ketua Institut Sukan Singapura, Dr Su Chun Wei.
Singapura menamatkan kempen selama 18 hari bertanding dalam Sukan SEA 2023 dengan buah tangan sebanyak 51 emas, 43 perak dan 63 gangsa dari Kemboja.





