SATU latihan tahunan dua hala antara tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dengan Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF), telah diadakan secara berjaya di Singapura dari 8 Mei hingga 14 Mei.
Edisi ke-27 latihan Semangat Bersatu (XSB), melibatkan 380 peserta daripada Batalion Ketiga, Rejimen Infantri Singapura SAF dan Batalion Keenam, Rejimen Renjer Diraja MAF.





