DARI JOHOR BAHRU: KERJA pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura sudah 50 peratus siap di sebelah Singapura dan dijangka beroperasi menjelang hujung 2026, seperti yang dijadualkan.
Detik penting seterusnya dalam projek itu adalah penggabungan tunggak jejambat atas laut di pertengahan laluan itu - yang bakal ditinjau Perdana Menteri kededua negara menjelang awal 2024.





