RAJA Britain, Raja Charles III, telah ditabalkan di Biara Westminster London pada Sabtu dalam upacara pertabalan penuh istiadat yang dikendalikan Uskup Agung Canterbury, Justin Welby, serta disaksikan jutaan masyarakat dunia, lapor agensi berita Jerman, DPA.
Laungan "God Save the King" kedengaran di sekitar biara selepas Mahkota St Edward yang diperbuat daripada emas padu dimahkotakan ke atas Raja Charles oleh Uskup...






