DENGAN pemahaman yang lebih baik tentang pembelajaran dan aspirasi kerjaya mereka serta didorong jumlah lulusan politeknik di universiti tempatan yang semakin meningkat, lebih ramai remaja yang tamat peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' memilih laluan politeknik.
Kementerian Pendidikan (MOE) berkata di antara 20,300 calon yang lanjut ke institusi pendidikan posmenengah tahun lalu menerusi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE), 52 peratus...





