ATHENS: Seorang jurulatih sukan kapal layar Greece yang dituduh merogol seorang atlet berusia 11 tahun ditahan kelmarin, dalam kejutan terbaru berkaitan tuduhan penganiayaan seksual juara Sukan Olimpik dalam sukan itu.
Lelaki berusia 38 tahun itu, yang namanya tidak didedah pihak berkuasa sejauh ini, ditahan di pulau Samos bagi kesalahan yang dikatakan berlaku sembilan tahun lalu, lapor Athens News Agency.





