KEADAAN Covid-19, seperti orang lain, turut menjejas segolongan selebriti popular yang sebelum ini hampir tidak menang tangan terikat dengan pelbagai komitmen kerja.
Namun lebih daripada itu, pandemik ini juga menjadi "pembuka mata" kepada mereka betapa perlunya membina keupayaan diri yang lebih kukuh dengan ilmu dan kelayakan yang lebih tinggi demi kerjaya yang lebih mantap dan meyakinkan.





