JUS kreatif tiga anak Melayu tetap mengalir deras dalam menghasilkan reka bentuk kasut sniker yang menarik meskipun semasa pandemik.
Dalam mengubati keresahan wabak Covid-19 menyekat pergerakan mahupun projek seni yang disertai, Cik Ami Azman, Encik Muhammad Syahid Mustapa dan Encik Siraj Munir, memasuki peraduan reka bentuk kasut, TENCEL™ Art of Shoes 2020.





