ANGGOTA masyarakat berpeluang berkongsi saranan dan juga menyumbang kepakaran mereka dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil demi mempertingkat mutu penterjemahan bahan-bahan komunikasi yang digunakan agensi pemerintah.
Saranan tersebut boleh diberikan melalui dialog dalam talian yang akan bermula minggu depan, di mana mereka juga boleh berdaftar untuk menyertai kumpulan penterjemah masyarakat atau 'citizen translator'.





