JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini tertumpu kepada usaha mencari kotak hitam pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air, selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan itu dikenal pasti.
Biro Perhubungan dan Maklumat Awam, Kementerian Perhubungan Indonesia, dalam kenyataan memaklumkan operasi SAR itu disertai polis, tentera, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) serta agensi berkaitan membabitkan penggunaan empat helikopter, dua pesawat...





