SEBANYAK $2.7 juta berjaya dikumpulkan Dana Masyarakat menerusi konsert maya pertamanya semalam.
Malam 'Comchest One Heart, One People 2021' itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu lebih daripada 80 agensi perkhidmatan sosial yang bekerja dengan golongan seperti kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas, belia bermasalah, orang kurang upaya, mereka yang mempunyai kondisi kesihatan mental, warga emas dan keluarga yang kurang berdaya.





