MEMPELAI Cik Nurhuda Md Bashir dan Encik Khairul'Amirin Hassan (atas) tidak sempat membuat perubahan besar pada majlis perkahwinan yang berlangsung kelmarin - sempena hujung minggu pertama pembukaan semula ekonomi Fasa Tiga.
Mereka telah bernikah di Masjid Alkaff Kampung Melayu dengan hanya mengundang 40 orang manakala majlis persandingan diadakan di Istana Ballroom di Tanjong Katong Complex.





