SEORANG tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia pada Jumaat (26 Februari) selepas tamat latihan fizikal di Kem Kranji.
Dalam satu kenyataannya, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, lelaki 39 tahun itu terasa kurang sihat selepas latihan dan dihantar ke Pusat Perubatan Kem Kranji pada 8.30 pagi.





