UNDANG-UNDANG yang menghendaki pemilik bangunan menyediakan kawasan rehat yang sesuai untuk pekerja luar harus dilaksanakan lebih cepat, kata seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP) semalam.
Ini antara langkah yang disarankan oleh Encik Raj Joshua Thomas untuk memastikan keadaan kerja yang wajar bagi pekerja pembersihan, pegawai keselamatan dan pekerja penyenggaraan landskap.





