TEMPAT meletak kenderaan tepi jalan di beberapa kawasan tertentu sekitar Tai Seng mungkin akan dipindahkan untuk memberi ruang kepada pembinaan laluan berbasikal dalam masa sedekad ini.
Selain memindahkan tempat letak kenderaan di sepanjang Joo Seng Road, MacTaggart Road, Kim Chuan Road dan Tai Seng Avenue, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan mengkaji kemungkinan menukar tiga lorong kenderaan kepada dua, di...





