RAMAI yang bagaikan tidak percaya atau menjangkakan berita pernikahan dua pelakon drama Saga 2.0, Hannah Delisha dan Imam Shah pada Khamis (18 Februari).
"Apakah ini hanya adegan satu drama atau betul-betul bernikah di alam nyata?" tanya sebilangan warganet yang tidak tahu-menahu tentang percintaan Hannah, 24 tahun, bersama Imam, 31 tahun.





