JAKARTA: Pesawat Indonesia, Sriwijaya Air, yang terhempas di Laut Jawa dalam kejadian yang mengorbankan 62 nyawa bulan lalu, berlaku dengan masalah dikesan pada sistem kawalan pendikitnya.
Satu siasatan awal suruhanjaya keselamatan pengangkutan di Indonesia, Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT), mendedahkan masalah itu berlaku menyebabkan pesawat berkenaan terjejas sejurus berangkat dari lapangan terbang.





