KES melibatkan warga Singapura berusia 34 tahun, Ruqayyah Ramli, yang terpengaruh dengan ideologi radikal yang disampaikan suaminya adalah peringatan mengerikan bahawa pengaruh ekstremisme masih lagi wujud dan berbahaya hari ini khususnya yang didatangkan daripada sumber dalam talian.
Walaupun kumpulan militan ISIS mungkin sudah banyak dilemahkan sebagai sebuah pertubuhan, ideologi ganasnya kekal dan masyarakat Islam tidak harus bersikap sambil lewa.





