PEMERINTAH akur ada sebab yang baik untuk memberi jururawat Muslim kelonggaran mengenakan tudung dalam seragam mereka dan ia telah meninjau kemungkinan mengubah dasar yang ada kini. Bagaimanapun, pemerintah memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk mencari huraian terbaik berhubung hal tersebut, kerana isu tudung berkait dengan faktor lain yang memerlukan pemerintah membuat pertimbangan dengan teliti, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat...






