KUALA LUMPUR: Seorang putera Malaysia pada Jumaat berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam Manchester United hanya beberapa minggu setelah mencetuskan spekulasi tentang pembidaan untuk mengambil-alih kelab Sepanyol, Valencia. Putera mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semasa satu sidang media berkata beliau "terbuka untuk sebarang perkongsian dalam bola sepak di Eropah". Beliau menyebut Manchester United, sambil menambah bahawa beliau tahu...





