KELUARGA Melayu/Islam, termasuk pasangan muda dan mereka yang tinggal di flat sewa, akan mendapat lebih banyak bantuan sedang pemerintah memperkukuhkan sokongan dan penyampaian perkhidmatan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Antaranya, sebuah Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M³ atau Eco, akan ditubuhkan pada tahun ini untuk menyelaras usaha mendekati masyarakat menerusi program pemerintah dan agensi...





