SEBUAH dana bantuan baru telah dibangunkan di Singapura bagi mengumpul dana dan menyokong India dalam perjuangannya menentang wabak Covid-19.
Inisiatif oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) dan Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha) itu dilancarkan pada Isnin (26 April).





