BEIJING: Pengasas TikTok, Encik Zhang Yiming, 38 tahun, dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$60 bilion ($79.9 bilion), menjadikannya antara individu terkaya di dunia.
Dengan nilai kekayaan tersebut, meletakkan Encik Zhang sebaris dengan bilionair China lain seperti Pony Ma dari Tencent Holdings, pemilik syarikat minuman, Zhong Shanshan, serta keluarga Walton dan Koch dari Amerika Syarikat, menurut Bloomberg Billionaires Index.





