SEBANYAK 1,000 dulang nasi ayam penyet diagihkan pada Sabtu (17 April) menerusi usaha Darul Arqam menyebarkan keceriaan kepada masyarakat Islam yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.
Ini termasuk fakir miskin, warga Malaysia berpendapatan rendah yang berada di Singapura mahupun penerima bantuan rakan masyarakat seperti Casa Raudha, dan Projek Jalan Kukoh.





