SALAH satu daripada dua platform di stesen Marina Bay di Laluan Circle akan ditutup dari 15 Mei hingga 1 Jun untuk membolehkan kerja-kerja mengeluarkan sebahagian trek yang tidak digunakan.
Pengendali rel SMRT berkata ia tidak menjangkakan sebarang impak pada perkhidmatan kereta api disebabkan penutupan tersebut.





