TIMBALAN Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat telah memainkan peranan penting dalam mendekati Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan memberikan maklum balas aktif yang membolehkan badan induk niaga itu memberikan respons kepada anggotanya berhubung kesan Covid-19, kata Presiden DPPMS Encik Farid Khan.
Beliau melahirkan penghargaan kepada Encik Heng kerana memberikan sokongan yang padu kepada DPPMS.





