KEDEDUANYA, majikan dan pekerja, perlu berkorban untuk mengharungi cabaran masa terdekat yang disebabkan langkah mengekang penularan Covid-19 yang diperketat, untuk melindungi perniagaan dan pekerjaan, kata Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef)
Dalam satu kenyataan semalam, Snef berkata langkah terkini itu akan menjejas perniagaan secara negatif, terutama dalam sektor tarikan dan riadah, binaan, makanan dan minuman, hospitaliti, marin, pemprosesan dan runcit.





