HAB Pengangkutan Bersepadu (ITH) Woodlands, yang terletak dekat stesen MRT Woodlands di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL), akan dibuka pada 13 Jun.
Ia ITH ke-11 dan terbesar di Singapura, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam.





