KUALA LUMPUR: Sebaik pintu sempadan dibuka, perkara pertama yang ingin dilakukan penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael, 34 tahun, ialah pulang ke kampung halaman untuk memeluk dan mencium bonda tercinta.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sudah dua kali Awi atau nama sebenarnya, Muhammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur secara bersendirian.





