ROMBAKAN dalam digitalisasi akan dipergiat bagi meningkatkan bilangan pembaca dalam akhbar-akhbar di bawah entiti baru, SPH Media Trust, dan lebih banyak sumber disalurkan bagi membangunkan keupayaan dalam bilik-bilik berita termasuk di Berita Harian (BH).
Sebuah Akademi Media SPH juga akan dibentuk bagi melatih bakat baru dan meningkatkan semula kemahiran kakitangan. Malah, tawaran biasiswa akan dipergiat dalam bidang kewartawanan dan digital.





