PARIS ST-GERMAIN dikatakan berminat mendapatkan khidmat penyerang Mesir, Mohamad Salah, 28 tahun, sekiranya penyerang bintang mereka, Kylian Mbappe, menolak tawaran kelab itu menyambung kontraknya.
Salah, 28 tahun, dikatakan keberatan meninggalkan Liverpool namun sumber-sumber yang rapat dengan kelab Anfield itu berkata pemain tersebut bersedia 'bertukar angin' ke ibu kota Perancis itu jika Liverpool gagal melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.






