PROGRAM latihan srikandi powerlifting para Singapura Nur'Aini Mohamad Yasli diancam sekatan Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadualkan berangkat ke Dubai kejohanan pertamanya sejak Covid-19 melanda dunia tahun lalu.
Namun, ketidaktentuan pandemik itu tidak mematahkan semangat beliau dan jurulatihnya, Muhammad Abdul Razak Mansor, yang cepat membuat aturan tertentu agar persiapan altet itu dapat diteruskan.





