SEMUA calon dan pemeriksa lisan bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan Sijil Am Pelajaran (GCE) Singapura-Cambridge diperlukan menggunakan pelitup bedah sewaktu tempoh peperiksaan lisan.
Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan melihat pada lebih banyak varian virus Covid-19 yang lebih mudah menjangkiti, kata Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (23 Jun).





