MESKIPUN usianya telah menjangkaui setengah abad, Encik Khairul (bukan nama sebenar) sedar bahawa ia masih belum terlambat untuk beliau mengukuhkan lagi pegangan agamanya.
Menerusi program Insan Mukmin (IM), beliau bersama 18 banduan lain yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, menyertai kursus yang berteraskan bimbingan keagamaan dan memberi penekanan kepada nilai Islam semasa di dalam penjara tahun lalu.





