SEORANG lelaki Indonesia yang dilaporkan sebagai kes Covid-19 baru di Singapura pada Khamis (17 Jun) adalah sebahagian daripada kumpulan lima pendatang haram yang ditangkap kerana cuba berenang ke Singapura menerusi lautan berhampiran Changi.
Ini disahkan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (19 Jun) sebagai respons kepada pertanyaan media.





