MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen dan rakan sejawatan dari Indonesia Prabowo Subianto bercakap menerusi panggilan telefon semalam, untuk menekankan lagi hubungan pertahanan dua hala rapat dan berpanjangan antara kededua negara, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).
Semasa panggilan itu, kededua menteri bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau dan membincangkan cara-cara menyokong satu sama lain, termasuk memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala semasa pandemik...





