DALAM usaha mengekalkan sektor kejuruteraan marin dan luar pesisir di Singapura, rancangan untuk meningkatkan daya saingnya sedang dikemas kini oleh agensi pemerintah bagi mengatasi gangguan seperti Covid-19 dan perubahan iklim.
Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, memberitahu Parlimen semalam bahawa peta transformasi industri yang diperbaharui untuk sektor tersebut - yang merangkumi pembinaan dan pembaikan kapal, pembinaan pelantar...





