LEBIH banyak kes jangkitan Covid-19 melibatkan 12 pasar dan pusat makanan dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (17 Julai).
Kes melibatkan penjual ikan ini berkemungkinan terkena jangkitan daripada kunjungan ke Pelabuhan Perikanan Jurong (salah satu kelompok jangkitan) bagi mendapatkan bekalan ikan untuk dijual di pasar, jelas MOH dalam kenyataannya.





