MOHD NOOR A. RAHMAN noorar@sph.com.sg
DEMI menyemarakkan perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Masjid Al-Amin bakal mengadakan satu siri ceramah berkaitan ibadah haji dan korban, secara dalam talian. Kegiatan itu juga bertujuan "mengisi kesedihan dan kerinduan selain menghidupkan penghayatan ibadah haji" buat masyarakat Islam setempat yang tidak dapat melakukan rukun Islam kelima itu buat dua tahun berturut-turut ekoran pandemik...





