KETUA Pembangkang, Encik Pritam Singh berkata Parti Pekerja (WP) masih mempunyai matlamat untuk memansuhkan Dasar Integrasi Etnik (EIP) tetapi tidak sebelum Singapura mencapai situasi di mana ia neutral kaum dan inisiatif tidak lagi diperlukan.
Beliau mempersoal sama ada EIP yang diperkenal pada 1989 bagi memastikan campuran kumpulan etnik yang seimbang di estet HDB, merupakan satu-satunya langkah dalam pelbagai dasar pemerintah...





