PANDEMIK Covid-19 yang masih berlarutan tidak menghalang umat Islam Singapura untuk melaksanakan ibadah korban, baik di dalam mahupun luar negara.
Tinjauan Berita Harian (BH) mendapati masjid-masjid yang menguruskan khidmat ibadah korban telah menerima lebih 2,600 tempahan daging korban sejauh ini.





